Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Tandatangani MoU Dengan AmBank, Bantu Mudahkan Urusan Pembayaraan Cukai Tanah

IPOH: Kerajaan Perak hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan AmBank Islamic sebagai bank yang berperanan bagi mengutip cukai tanah menerusi sistem pembayaran digital, JomPay.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, menerusi inisiatif tersebut, pembayaran cukai tanah boleh dibuat secara perbankan internet, perbankan mudah alih serta mesin juruwang automatik (ATM) di 40 cawangan AmBank seluruh negera.

Katanya lagi, pembayaran cukai tanah secara digital tersebut juga terpakai kepada pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan 12 Pejabat Tanah dan Daerah di seluruh Perak.

“Kaedah pembayaran digital telah kita mulakan pada 1 Januari 2018 dan sehingga hari ini, kita telah membuat kutipan sebanyak RM5 juta, melalui pembarayan digital.

“Ini adalah perkara yang menggalakkan kerana walaupun ia tidak umumkan secara meluas namun, rakyat tetap menggunakkannya.

“Saya percaya, selepas dengan bantuan pihak media, ianya akan tersebar luas beritanya, dan jumlah kutipan menerusi JomPay ini akan lebih meningkat,” katanya.

Selain itu, jelas Ahmad Faizal, usahasama antara kerajaan negeri dengan pihak AmBank itu adalah bertujuan menggalakkan penggunaan saluran pembayaran digital buat para pelanggan dan rakyat di negeri ini.

Tambahnya, ia juga akan memudahkan lagi proses penyesuaian cukai tanah oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abu Bakar Said serta barisan exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic, Eqhwan Mokhzanee, yang ditemui berkata, pihaknya menyambut baik keputusan kerajaan Perak yang sudi bekerjasama dengan mereka serta melantik AmBank sebagai medium kutipan cukai tanah menerusi JomPay

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");