Berita Hari Ini

Kerajaan Timbang ICERD, Masih Ada Peruntukan Tidak Sesuai

PUTRAJAYA – Kerajaan masih menimbang proses meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan berkenaan ICERD masih belum diputuskan memandangkan terdapat peruntukan-peruntukan yang tidak sesuai dengan negara ini.

“Berkaitan ICERD kita kena timbang dulu, kerana ada peruntukan-peruntukan yang tidak sesuai dengan negara kita,” katanya ketika ditemui media di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Sebelum ini, Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata ICERD akan ditolak sekiranya ia melemahkan atau menghakis fungsi dan kesan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, sistem Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam, dan mana-mana hak termaktub dalam Perlembagaan.

Katanya pendirian Armada itu berdasarkan persefahaman dan ketetapan bersama parti komponen PH untuk meneruskan dan menyejahterakan Malaysia melalui asas dan dasar sedia ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, sebarang bentuk agenda untuk mengubah dan menggubal dasar-dasar kenegaraan Malaysia yang baharu di dalam Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dibuat melalui proses di Parlimen

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");