Berita Hari Ini

Kertas Putih Felda Bentang 10 Disember

KUALA LUMPUR – Kertas putih bagi mendedahkan keadaan kewangan dan pengurusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan dibentangkan di Dewan Rakyat, 10 Disember ini.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pihaknya kini di peringkat akhir penyediaan kertas putih tersebut.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi Kementerian Kewangan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Kerajaan pada Ogos lepas telah mengumumkan akan membentangkan kertas putih mengenai Felda berikutan kecelaruan pengurusan dan dibelenggu hutang yang tinggi.

Baru-baru ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga dilaporkan berkata beliau telah meneliti draf pertama laporan tersebut dan mendapati terdapat kecurangan serius yang membabitkan masalah kewangan agensi kerajaan itu.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok lapor Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");