Membawang Hari Ini

Kes Saman Fitnah Neelofa Selesai

KUALA LUMPUR: Kes saman fitnah oleh pengacara dan pelakon popular, Neelofa terhadap pengendali portal Oh My Media (OMM) berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini.

Perkara itu dimaklumkan peguam Amira Farhana Mohd Yasir yang mewakili Neelofa selepas kes disebut semula.

Menurutnya, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu dan sudah menandatangani penghakiman persetujuan serta direkodkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Darryl Goon Siew Chye di kamarnya di sini .

Bagaimanapun katanya, terma persetujuan tidak dapat didedahkan kepada media dan umum.

OMM Sdn Bhd diwakili peguam Aiman Ariff Abdul Azij.

September lalu, Neelofa, 29, atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, memfailkan saman terhadap OMM Sdn Bhd atas dakwaan menyiarkan artikel berunsur fitnah berhubung pelancaran koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk dan Anugerah Ikon Wanita yang diterimanya.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Neelofa selaku plaintif mendakwa OMM Media selaku defendan ada mengeluarkan dan menyiarkan dua artikel berunsur fitnah terhadapnya di laman web www.ohmymedia.cc pada 5 Mac dan 11 April lalu.

Beliau mendakwa penerbitan artikel itu menyebabkan reputasinya tercemar. Neelofa juga mendakwa artikel itu tidak benar dan diterbitkan oleh defendan tanpa memberi peluang kepadanya untuk menafikan kenyataan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");