Berita Hari Ini

Kesatuan Sekerja Kakitangan TV3 Gesa Campur Tangan Kerajaan

KUALA LUMPUR : Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) (KSKSTMB) dan Kesatuan Eksekutif TV3 KESTMB menggesa campur tangan Kementerian Sumber Manusia berhubung isu pelaksanaan pemberhentian 190 pekerja teknikal oleh syarikat televisyen swasta tersebut.

Selain itu, organisasi tersebut turut membantah dan memohon campur tangan kerajaan berhubung pengurangan 43 kakitangan Jabatan Berita dan Perkhidmatan Pengurusan menerusi Skim Pemisahan Persetujuan Bersama (MSS) yang dikatakan dilakukan secara ‘paksa’.

Presiden KSKSTMB, Khairuzzaman Mohammad dalam satu kenyataan berkata, perkara itu telah melanggar perjanjian selain ia turut tidak dibincangkan terlebih dahulu bersama-sama kesatuan tersebut.

“Ia melanggar perjanjian bersama kedua-dua union ataupun kesatuan kerana tiada perbincangan diadakan.

“Ia juga melanggar Kod Kelakuan bagi Keharmonian Perusahaan 1975, kerana gagal berunding dengan pihak kesatuan dan melaksanakan langkah-langkah awal seperti pemotongan gaji, mengurangkan waktu kerja dan mengawal kerja lebih masa,”

“Kesatuan menggesa campur tangan Kementerian Sumber Manusia dan kerajaan untuk membatalkan tindakan pengurusan Media Prima ini dalam melaksanakan pemberhentian kerja yang tidak mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");