Jenayah

Kesilapan Sistem Bank, Ratusan Rumah Dilelong

SAN FRANCISCO: Wells Fargo & Co berkata, kesilapan penajaan jamin dalaman menyebabkan bank itu menolak perubahan pinjaman rumah sehingga mengakibatkan lebih banyak rumah dilelong berbanding sepatutnya.

Dalam pemfailan kepada pengawal selia, bank itu berkata, penelitian mendalam mendapati 870 pelanggan tersilap dinafikan perubahan pinjaman rumah sehingga menyebabkan 545 orang kehilangan rumah masing-masing.

Perkembangan itu berlaku, selepas bank terbabit mendedahkan salah pengiraan dalam perisian penajaan jamin dalaman untuk kali pertama, Ogos lalu yang menyebabkan 625 peminjam tersilap dinafikan perubahan pinjaman rumah di bawah program bantuan persekutuan dengan 400 rumah pelanggan dilelong.

“Kami memohon maaf atas kesilapan dan sudah melantik satu talian hubungan untuk memastikan setiap pelanggan dihubungi dan dibantu secara individu,” kata jurucakap syarikat, Tom Goyda menerusi emel.

Syarikat itu berkata, penelitian mendalam masih dijalankan dan bank terbabit mengambil kira pelanggan yang dilelong rumah mereka antara 15 Mac 2010 hingga 30 April 2018.

Goyda berkata, bank itu sudah menghubungi sebahagian besar pelanggan terjejas untuk diberikan peluang rundingan serta pilihan timbang tara tanpa kos dengan pengantara bebas. – Reuters

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");