Perak Hari Ini

Khalid Jamlus Minta MB Perak Pertimbangkan Keputusan Letak Jawatan Hasnul

IPOH:Keputusan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim meletakkan jawatan selaku Presiden semalam ternyata mendapat pelbagai maklum balas daripada semua pihak terutama penyokong setia The Bos Gaurus.

Turut menjadi tumpuan kenyataan bekas pemain bola sepak Perak, Khalid Jamlus dalam status yang dimuat naik beliau di laman Facebook yang meminta Menteri Besar Perak mempertimbangkan semula perletakkan jawatan Hasnul petang semalam.

Katanya cadangan itu dilontarkannya berikutan semangat dan iltizam Hasnul Zulkarnain yang masih muda selain komitmen yang ditunjukkan beliau kepada pasukan bola sepak Perak.

“Ramai rakan- rakan mengajak saya menonton perlawanan di stadium tapi malangnya saya ada urusan yang lebih penting pada masa itu dan hanya mengikuti perlawanan akhir piala malaysia pasukan Perak menentang Terengganu di kaca televisyen.

“Jauh di sudut hati saya berbangga perak berjaya membawa piala malaysia selepas 18 tahun. Kali terakhir ialah pada tahun 2000 di mana saya berada di dalam pasukan ketika itu dan Alhamdulillah saya berjaya menjaringkan gol untuk Perak.

“Itu cerita 18 tahun dahulu dan kini perak berjaya mendapatkan kembali piala malaysia. Demi Allah saya merasa bangga, walaupun saya sedang melatih pasukan PDRM ketika ini, Ia sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia saya yang lalu. Saya bangga dengan kejayaan ini dan hampir-hampir jatuh airmata saya atas kejayaan pasukan yang paling saya sayangi,” katanya.

Khalid mengakui tidak pernah mengenali Hasnul dan hanya mengetahuinya setelah timbul isu presiden bergambar dengan piala di kolam renang dan di lokasi lain tanpa seorang pemain menjadi tular.

“Sejujurnya, saya tidak pernah mengenali siapa presiden Pafa apatah lagi latar belakang beliau dan saya tidak tahu beliau ialah seorang Yang Berhormat merangkap exco kerajaan negeri sehinggalah berita ini tular dan menjadi bualan bukan sahaja oleh penyokong Perak, malah satu malaysia turut mengecam tindakan beliau. Pelbagai kecaman, makian dilemparkan terhadap beliau.

“Akhirnya beliau mengalah dan meletakkan jawatan beliau selaku presiden pafa. Ikhlas di lubuk hati saya, selaku bekas pemain, saya memuji beberapa langkah beliau ketika mengendalikan pasukan Perak tetapi pada masa yang sama saya tidak bersetuju atas apa yang beliau lakukan terhadap piala keramat itu.

“Saya tidak berniat untuk bertindak sebagai menjilat atau membodek tapi percayalah, pemain, jurulatih, pengurusan pasti terganggu atas konflik ini.Dosa yang dilakukan tidaklah sebesar mana yang tidak dapat diampunkan, setiap manusia pasti membuat kesilapan dan siapalah kita untuk menghukum lebih-lebih lagi permohonan maaf telah pun dilakukan,” katanya.

Malah jelasnya Hasnul perlu diberikan satu lagi peluang untuk menerajui Pafa.

“Kalau orang bertanya kepada saya adakah saya boleh menerima semua ini. Jawapan saya “Ya. Saya terima permohonan maaf beliau,kerana saya pernah melalui lebih kurang macam beliau,di mana mereka semua membenci saya,tapi saya masih diberi kepercayaan,akhirnya saya buktikan,jadi kenapa beliau tak boleh diberi peluang lagi?

“Semoga Menteri Besar boleh mempertimbangkan perletakan jawatan beliau demi masa depan dan juga perancangan dan idea-idea beliau demi menaikkan mertabat bolasepak negeri Perak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");