Membawang Hari Ini

Lagu Misha Omar, Siti Sarah & 10 Lagi Ke AJL33

SELEPAS tiga minggu bersaing, kini 12 lagu yang layak ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33), sudah terjawab menerusi siaran secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam tadi.

Keputusan itu diumumkan oleh dua hos terkenal iaitu Haziq Hussni (Hot FM) dan Sherry Alhadad.

Antara lagu yang layak ke AJL33 terdiri daripada Siti Sarah (Semakin), Ara Johari (Bunga), Syamel (Kau Pun Sama), Misha Omar (Sampai Bila), Hael Husaini & Dayang (Haram), dan Khai Bahar (Luluh).

Turut terpilih ialah lagu Altimet (Bunga), Haqiem Rusli ft Amanra (Jatuh Bangun), Amylea X Kaer (Tak Pernah Hilang), Hael Husaini (Hajat), Sufian Suhaimi (Di Matamu), dan Siti Nordiana & Jaclyn Victor (Nisan Cinta).

Terdahulu sebanyak 30 buah lagu terbaik berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 33 (SFMM33) yang bersiaran langsung selama tiga minggu bermula 9, 16 dan 23 November.

Semua lagu yang dipilih dinilai sepenuhnya oleh barisan juri profesional iaitu Ajai, Helen Yap, Cat Farish, Edrie Hashim, Azmeer, Lok U dan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri.

Sementara itu AJL33 akan diumumkan kelak lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");