Jenayah

Lelaki Diserang Kerana Isu Parkir OKU

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera di tangan dan dada selepas diserang 20 individu tidak dikenali dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Setapak di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.45 malam itu, mangsa berusia 35 tahun dipercayai diserang akibat tidak puas hati kerana mangsa membuat aduan berhubung isu parkir di perumahan berkenaan.

Difahamkan, mangsa membuat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan parkir orang kelainan upaya (OKU) yang disalah guna penduduk.

Menurut sumber, mangsa diserang menggunakan kayu, parang dan batu oleh individu berkenaan dipercayai penduduk setempat.

“Mangsa mengalami luka di tapak tangan dan mengadu sakit dada selepas kejadian.

“Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kemudian dihubungi untuk memberi rawatan kepada mangsa,” katanya.

Sementara itu jurucakap APM berkata, mangsa diberi rawatan di lokasi kejadian oleh anggota yang bertugas.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital berdekatan bagi menerima rawatan.

“Keadaan mangsa kini stabil dan menerima rawatan pesakit luar. Mangsa akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya lapor Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");