Jenayah

Lelaki Tipu Jual Topi Keledar Berjenama Dicekup

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki yang menipu pelanggannya dalam urus niaga dalam talian melibatkan kerugian RM2,100 sejak empat tahun lepas, akhirnya dicekup polis, Rabu lalu.

Suspek berusia 21 tahun menipu mangsa yang ingin membeli topi keledar berjenama dipromosikan di sebuah laman web dicekup polis jam 2.40 petang di sebuah rumah di Durian Burung, di sini.

Memetik laporan Sinar Online, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa, 17, berminat membeli sebuah topi keledar berjenama Shoie J-Force berwarna perak berharga RM2,100 dijual suspek secara dalam talian, pada 16 November 2014.

Sumber berkata, selepas berurus niaga, mangsa bersetuju untuk membeli dan memasukkan wang pendahuluan RM700 ke dalam akaun bank diberikan suspek, kira-kira jam 3.13 petang, pada hari sama.

“Keesokannya mangsa memasukkan baki wang RM1,400 ke dalam akaun bank diberikan suspek pada jam 2.34 petang sebelum memaklumkan kepada suspek. Bagaimanapun, selesai melakukan pembayaran suspek cuba mengelak apabila ditanya mengenai pengeposan topi keledar yang dibeli mangsa.

“Cubaan mangsa beberapa kali menghubungi suspek untuk mendapatkan maklum balas dibalas dengan pelbagai alasan menyebabkan mangsa rasa dirinya ditipu,” katanya.

Berikutan itu mangsa membuat laporan di Balai Polis Gong Badak pada 19 November 2014 supaya tindakan lanjut boleh diambil terhadap suspek.

Susulan penahanan suspek, dia ditahan reman empat hari sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");