Berita Hari Ini

Loke: Nak Saman, Samanlah

Menteri pengangkutan Anthony Loke tidak gentar untuk berdepan saman yang ingin difailkan Presiden Dewan Negara S Vigneswaran.

“Kalau dia nak ambil tindakan undang-undang, silakan. Saya hanya mempertahankan kakitangan lapangan terbang, jika sebab itu saya perlu berdepan tindakan undang-undang, saya tak ada penyesalan.

“Saya rasa saya melakukan tindakan yang betul, kalau beliau nak teruskan (saman) itu terpulang kepadanya,” katanya kepada pemberita di parlimen hari ini.

Vigneswaran sebelum ini menyatakan hasrat ingin memfailkan saman itu kerana mendakwa Loke sengaja memalukannya dengan mendedahkan klip video rakaman litar tertutup (CCTV) di ruang VIP di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 17 Nov lalu.

Dalam sidang media tengah hari tadi, Vigneswaran mendakwa anggota parlimen Seremban itu melangkau kapasitinya sebagai menteri dan melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dengan menyiarkan rakaman CCTV tersebut.

Malah, tambah Vigneswaran, tindakan Loke mencalarkan imejnya dan menyebabkan keluarganya diserang dengan kata-kata kesat di media sosial.

Mengulas perkara itu, Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, S Rajah menggesa Loke membuat laporan polis terhadap Daim Zainuddin yang juga dikatakan memakai selipar ketika menyambut delegasi antarabangsa selaku wakil perdana menteri.

Loke bagaimanapun membidas gesaan itu sebagai menunjukkan tahap pemikiran MIC yang “rendah”.

Jelas Loke, beliau hanya menjalankan tugas dalam kapasitinya sebagai seorang menteri dan bukannya individu.

“Saya baca berita itu, saya jadi bingung. Ini menunjukkan tahap pemikiran mereka yang rendah.

“Nak faham isu pun masalah. Mereka bandingkan kes ini dengan ketika Daim melawat Cina, ini betul-betul membingungkan.

“Ini bukan tentang fitnah atau selipar, Kita bercakap tentang memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran.

“Kalau argumen ringkas macam ini pun tak faham, tak hairanlah mereka ditolak oleh kaum India,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");