Berita Hari Ini

Malaysia Kekurangan Penganalisis Bumiputera

KUALA LUMPUR – “Malaysia menghadapi kekurangan Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA) dan Pengurus Risiko Kewangan (FRM) Bumiputera, di waktu ia bergerak menjadi negara berpendapatan tinggi,” kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Katanya, daripada 800 CFA berdaftar dan 93 FRM bertauliah di Malaysia, CFA Bumiputera adalah 115 sementara FRM adalah 15, satu angka yang rendah berbanding 4,000 CFA dan 850 FRM di Singapura.

“Kerajaan sedar akan situasi ini dan saya mengalu-alukan inisiatif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) untuk menangani isu kekurangan ini dengan menyediakan program CFA dan FRM yang bukan sahaja menyediakan dana tetapi juga kemahiran nilai tambah selain sijil untuk Bumiputera menjadi CFA dan FRM bertauliah,” katanya pada ucap tama di Sidang Kemuncak Kewangan, Perbankan dan Pelaburan (FBI) 2018, di sini, hari ini, lapor Bernama.

Syed Saddiq berkata, adalah penting kepada Bumiputera untuk mencabar diri dan mengukuhkan keupayaan mereka terutama dalam profesion berpendapatan tinggi.

“Lebih ramai penganalisis, pengurus portfolio dan pegawai pelaburan bank diperlukan negara dan program ini membantu menangani isu ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju, Raja Azura Raja Mahayuddin, berkata CFA dan FRM mendapat permintaan yang tinggi dalam sektor perkhidmatan kewangan serta pelaburan, yang mana adalah antara industri paling cepat berkembang.

“Profesional ini diperlukan untuk memacu Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");