Perak Hari Ini

MB Perak Bakal Muncul Dalam Filem Buntat

IPOH:Minatnya yang mendalam terhadap dunia filem telah mendorong Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk terlibat sama membawa salah satu watak dalam filem terbaru ‘Buntat’ arahan Sabri Yunus.

Ahmad Faizal yang membawa watak sebagai Syeikh Penjual Buku Agama di Pelabuhan Pulau Pinang merupakan penampilan khas dalam filem tersebut yang sepenuhnya dilakonkan di Negeri Perak iaitu di Batu Kurau, Taiping dan Batu Gajah.

Watak tersebut berperanan memberi nasihat kepada orang ramai yang berada di pelabuhan terutama Buntat yang sememangnya memerlukan nasihat untuk dia bertaubat dan insaf kerana kenakalannya.

Pengambaran melibatkan Menteri Besar hanya satu babak bersama Imuda dan Buntat dan sesi pengambaran cuma memakan masa sekitar satu jam sahaja.

Terdahulu, gambar Ahmad Faizal melakonkan watak dalam sebuah filem itu tular di media sosial dan turut dikongsikan di laman facebook miliknya sendiri.

Difahamkan penglibatan Menteri Besar dalam filem berkenaan adalah kerana filem tersebut banyak memberi mesej dan pengajaran yang baik selain ia dilihat mampu mempromosikan negeri ini.

Filem Buntat di barisi oleh pelakon terkenal seperti Sabri Yunus selaku Pengarah, Imuda, Izwan Hafiz (pelakon kanak2 terbaik Anugerah Seri Angkasa- watak Buntat), Khatijah Tan, Omar Abdullah, Kazar, Nizam Haji Bahari dan ramai lagi.

Filem yang berlatar belakang tahun 1960-an ini mengisahkan kisah hidup seorang kanak-kanak lelaki yang nakal tinggal di kampung Batu Kurau. Akibat kenakalannya, dia diburu orang-orang kampung hingga sauatu hari dia merasa insaf dan ingin bertaubat.

Buntat telah menumpang sebuah lori untuk melarikan diri daripada kampungnya bagaimanapun lori tersebut menghantar barang ke pelabuhan Pulau Pinang yang ketika itu adalah musim haji dengan menaiki kapal laut dan di pelabuhan Buntat tinggal bersama jemaah haji.

Filem ini dijadualkan tayangan di seluruh pawagam seluruh Malaysia sekitar bulan September tahun hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");