Perak Hari Ini

MB Perak Beri Semangat Kepada Calon SPM

IPOH:”Kejayaan tidak akan datang dengan mudah namun memerlukan pengorbanan berlipat ganda,”itu kata azimat yang dilontarkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Ipoh di sini, hari ini.

Beliau meluangkan masa selama satu jam untuk memberikan kata semangat kepada calon peperiksaan SPM di sekolah berkenaan sebelum mereka menduduki hari pertama peperiksaan tersebut.

Ahmad Faizal dan isteri Datin Seri Dr. Nomee Ashikin turut meluangkan masa berjumpa dengan pelajar tingkatan tiga dan empat sekolah berkenaan sebagai tanda sokongan moral dan pencetus semangat kepada semua.

Beliau, ketika menyampaikan ucapan berkata kenangan diwaktu zaman sekolah antara yang menjadi kenangan manis seumur hidup yang perlu dijalani dengan gembira.

“Sesungguhnya pendidikan merupakan teras utama dalam pembangunan akademik mahupun sahsiah murid dan tanpa pendidikan sudah pasti impian negara untuk lahirkan modal insan berjaya dan berkualiti akan terkubur.

“Oleh itu anak-anak perlulah bersama nerealisasikan impian ibu bapa keluarga guru dan negara untuk pastikan kejayaan diimpikan akan tercapai,” katanya pada majlis Restu Ilmu hari ini.

Katanya lagi, jerih perit pelajar tingkatan lima dalam menuntut ilmu merupakan satu perjuangan yang tidak sia-sia.

“Saya doakan anak-anak dapat menjawab peperiksaan dengan ketenangan, suka saya mengingatkan kita semua perlulah mengingati semula pengorbanan dan jasa kedua ibu bapa kita.

“Penat lelah kerja mereka tidak pernah hilang selagi tidak melihat kejayaan anak-anak. Fikirkan dan kenangkanlah segala harapan guru yang mendidik dan saya mohon agar tdk hampakan harapan semua pihak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");