Perak Hari Ini

MB Perak Janji Selesaikan Isu Tanah Changkat Kinding Secara Adil

IPOH –  Kerajaan negeri akan berusaha menyelesaikan isu berhubung tanah di Changkat Kinding selain berjanji akan memastikan tiada pertikaian berlaku antara pihak peneroka dan pemaju.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pejabat beliau telah menerima satu memorandum berkenaan isu tersebut pada awal petang tadi.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, memorandum itu akan diteliti secara menyeluruh dari segi keadaan dan permasalah antara kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Draf Rancangan Struktur Negeri (DRSN) 2040 di Royal Perak Golf Club, di sini, hari ini.

Selain itu tambahnya, kerajaan negeri akan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan adil dan tidak condong kepada mana-mana pihak.

Ujarnya isu permasalahan tanah di Changkat Kinding itu bukan sahaja melibatkan peneroka dan pemaju, malah ia turut melibatkan kepentingan orang ramai.

Terdahulu, Adun Ulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad telah bertemu dengan pemaju kawasan tersebut dan mengemukakan tiga cadangan awal kepada penerok bagi mengatasi masalah tersebut selain memberikan situasi ‘menang-menang’ kepada semua pihak

Dalam pada itu Ahmad Faizal berkata, kerajaan negeri telah mendapat maklumat mengenai penyerahan wang pampasan kepada para peneroka kawasan tersebut.

“Saya telah dimaklumkan bahawa satu dokumen telah ditandatangani yang menyebut bahawa mereka tidak akan mengambil apa-apa tindakan jika pihak pemaju meneruskan projek yang mereka rancangkan.

“Namun hari ini keadaan sedikit berbeza di mana peneroka tanah di Changkat Kinding di sini meminta agar status tanah yang kini dijadikan tapak pembinaan Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) diberikan semula kepada mereka untuk tujuan pertanian.,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");