Perak Hari Ini

MB Perak Sambut Baik Belanjawan 2019

IPOH: Pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) dalam berusaha memulihkan ekonomi negara selain memberi keadilan kepada rakyat khususnya kepada golongan yang memerlukan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri menyambut baik inisiatif kerajaan persekutuan dalam berusaha membantu rakyat dengan menyediakan peruntukan RM1 billion, bagi golongan yang berpendapatan tidak melebihi RM2,300 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Selain itu ujarnya, langkah kerajaan persekutuan menaikkan gaji minima, menambahbaik kebajikan, skim pinjaman perumahan serta faedah yang diperoleh pesara kerajaan melalui Belanjawan 2019, jelas menunjukkan kerajaan pimpinan PH sentiasa mementingkan kebajikan kakitangan awam dan ia tidak seperti yang didakwa sebaliknya pada sebelum ini.

Pada masa sama, Ahmad Faizal turut menyambut baik keputusan kerajaan persekutuan untuk terus menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai.

“Langkah Kerajaan Persekutuan melaksanakan perkongsian 50 peratus hasil kutipan bagi cukai pelancongan yang diterima di setiap negeri adalah tindakan terbaik untuk membantu meningkatkan hasil kerajaan negeri.

“Selain itu, pengenalan geran sepadan RM100 juta akan disediakan kepada syarikat swasta bagi program promosi dan pemasaran pelancongan antarabangsa juga amat dialu-alukan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, baru-baru ini.

Tambah Ahmad Faizal, kerajaan negeri turut menyambut baik cadangan untuk mewujudkan Amanah Pelaburan Hartanah bagi Lapangan Terbang ataupun Airport Real Estate Investment Trust (REIT).

Jelasnya, cadangan yang seumpama itu sangat baik selain ia turut selari dengan cadangan kerajaan negeri dalam membina sebuah lapangan terbang antarabangsa serta menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, bagi menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");