Perak Hari Ini

MBI Anjur Karnival Mewarna Sempena Ulang Tahun Ke-30

IPOH:Penyertaan lebih 5,50 peserta ke Karnival Mewarna Sempena 2018 hari ini membuktikan usaha tersebut mendapat sokongan­ pelbagai pihak.

Karnival tersebut yang berlangsung di Stadium Badminton merupakan anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempena sambutan Ulang tahun Bandaraya Ipoh ke-30.

Program tahunan anjuran MBI ini telah diadakan sejak tahun 2010 sempena Sambutan Ulangtahun Bandaraya Ipoh.

Karnival tersebut dibahagikan kepada 4 kategori iaitu Kategori A (10-12 tahun), Kategori B (7-9 tahun), Kategori C (4-6 tahun) dan Fun Colouring, Selain daripada Mewarna, 30 hadiah cabutan bertuah seperti basikal dan skateboard turut disediakan kepada para peserta.

Setiausaha Bandaraya, Mohd Zakuan Zakaria telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Program turut dihadiri oleh Pengarah Kanan-Pentadbiran & Kewangan MBI Saidatul Akma Jamaluddin dan Pengarah Perbendaharaan MBI merangkap Pengerusi Program Mohd Syazlan Mohd Isa Suffian.

Menurut Zakuan karnival ini diharap dapat memeriah dan menceriakan Sambutan Ulangtahun Bandaraya Ipoh untuk kali ke-30.

“MBI turut berharap usaha ini ini dapat mencungkil bakat mewarna disamping mengeratkan silaturahim serta hubungan kekeluargaan kerana terdapat kategori fun colouring untuk keluarga.

“MBI berharap program seumpama ini akan melahirkan generasi muda wargakota Ipoh yang kreatif,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");