Perak Hari Ini

Mehmet, Pemain Perak Terima Pingat

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menganugerahkan pingat kepada 29 pemain dan pegawai pasukan bola sepak Perak yang berjaya meraih kemenangan Piala Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Penganugerahan pingat itu diketuai oleh ketua jurulatih, Mehmet Durakovic yang menerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-62, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Iskandariah, di sini hari ini.

Manakala seramai 28 pemain dan pegawai pasukan menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) yang merupakan antara 296 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-pingat Negeri Perak bagi istiadat kali kedua sempena sambutan Ulang Tahun Kepute­raan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi kali ini.

Bagi pemain dan pegawai pasukan skuad The Bos Gaurus yang menerima PJK ialah Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri; Amirul Azhan Aznan; Brendan Gan Seng Ling; Gilmar Jose Da Silva Filho; Hamizul Izaidi Zulkifli; D. Kenny Pallarj; Khairul Amri Salehuddin; Khairul Asyraf Sahizah dan Leandro Dos Santos.

Turut menerima pingat ialah Mohamad Idris Ahmad; Mohammad Nasrullah Abdul Aziz; Mohd. Hafiz Kamal; Mohd. Nazrin Mohd. Nawi; Mohd. Nizad Ayub; Mohd. Nor Hakim Hassan dan Mohd. Rafiuddin Roddin.

Pingat PJK turut dikurniakan kepada Muhammad Firdaus Saiyadi; Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy; Rafiq Faezz Muhammad Fuad; Muhammad Rizal Che Aziz; Muhammad Syazwan Zaipol Bahari; Nazirul Naim Che Hashim; Roslan Khan Md. Sharif; V. D. Sam Pakiaraj; Shahrul Mohd. Saad; K Shatiya; S. Vijay Babu dan Wander Luiz Junior.

The Bos Gaurus berjaya menewaskan Terengganu FC pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 sekaligus membawa pulang Piala Malaysia dan menamatkan penantian selama 18 tahun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");