Jenayah

Mekanik Berputih Mata Rugi RM20,000 Ditipu Macau Scam

KUANTAN – Akibat takut terlibat dengan aktiviti jenayah, seorang mekanik berputih mata apabila kerugian RM20,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian itu bermula setelah mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 3.42 petang, semalam.

Menurutnya, mangsa yang berusia 36 tahun itu dikatakan mempunyai notis amaran daripada SPRM yang kemudiannya disambungkan kepada seorang lelaki cina yang memberitahu mangsa bersubahat di atas salah aktiviti jenayah dan perlu memberi kerjasama ketika siasatan dilakukan dan suspek memutuskan hubungan.

“Lebih kurang jam 4.42 petang, mangsa dihubungi seorang yang menyamar sebagai polis berpangkat inspektor mengatakan butiran mangsa di salah guna untuk membuat perniagaan haram, dadah, kes bunuh dan juga rasuah di Labuan.

“Selepas itu, talian kemudian disambungkan kepada seorang individu yang dikenali sebagai Mr Lim dari Bank Negara untuk membuktikan butiran mangsa sememangnya telah digunakan untuk aktiviti jenayah,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Wazir berkata, selepas terpedaya dengan penipuan suspek, mangsa kemudiannya telah memberikan nombor akaun, username serta kata laluan miliknya.

“Mr Lim juga telah meminta mangsa pergi ke bank untuk membuat semakan baki akaun dan mangsa terkejut kerana baki duit hanya tinggal RM567.81.

“Wang sebanyak RM20,000 milk mangsa telah dipindahkan ke akaun milik suspek dan mangsa merasa dirinya telah ditipu dan membuat laporan polis,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");