Panasnya Hari Ini

Mujahid Tak Sedar Kelemahan Diri – Abdul Hadi

GOMBAK: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof didakwa gagal menyedari kelemahan sendiri hingga mengeluarkan kenyataan menganggap pihak yang menentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) sebagai liar.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ketika mengulas isu berkaitan ICERD berkata, definasi acuan Islam lebih lengkap dan bersifat adil, manakala takrifan antarabangsa itu adalah tidak lengkap dan tidak cukup.

“Definasi mengikut Islam lebih lengkap daripada antarabangsa, kita lebih baik.. mereka tidak lengkap dan mereka tak adil.

“Israel dan Myanmar dibiarkan , apa silap orang Islam, orang Islam tidak buat salah, sepatutnya dia tuju kepada negara itu, jadi kita orang Islam tak boleh bersikap lemah menunjukkan kelemahan kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Syarahan Perdana: Geopolitik Islam di Masa Depan di Auditorium Utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini pada Isnin lapor Berita harian.

Hadir sama, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Rektor Pengantarabangsaan dan Jaringan Global, Prof Dr Nor Faridah Abdul Manaf.Sebelum ini, Mujahid berkata penentang ICERD disifatkan liar hingga hilang rasional selain bersikap seolah-olah dunia mahu kiamat.

Katanya, walhal konvensyen berkenaan adalah peluang untuk menegakkan keunggulan Islam bagi menentang penindasan kaum.

Pada majlis itu juga, Abdul Hadi berkata, ICERD mempunyai kaitan dengan agenda pertubuhan Freemason untuk mengembalikan kegemilangan empayar Nabi Sulaiman yang menakluk dunia.

“Yahudi ortodoks menentang Yahudi ini, dia tahu bangsa Yahudi tidak mampu menghadapi dunia di akhir zaman.

“Agenda merosakkan ekonomi, politik dan akhlak dibawa oleh Freemason, ia ada cabang-cabangnya.

“Bahkan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ada pengaruhnya, malah ICERD baru-baru ini ada pengaruhnya, kita kena sedar banyak orang tidak tahu,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang meminta kerajaan Terengganu tidak mengganggu pemain bola sepaknya yang diwajibkan menutup aurat, Abdul Hadi, meminta beliau tidak berlebihan.

“Setahu saya kelab bola sepak England dan Perancis membenarkan pemain Islam mengamalkan ajaran agama dan jangan dia lebih daripada England dan Perancis sudahlah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");