Perak Hari Ini

Para Sukma XIX 2018 Perak Dibuka Meriah

IPOH: Sukan Para Sukma Malaysia ( Para Sukma) XIX Perak 2018 membuka tirai secara rasmi dengan penuh gilang gemilang di Stadium Indera Mulia, di sini malam tadi.

Mengetuai perarakan masuk kontinjen Sarawak dan diikuti barisan para atlet dan pegawai dari 14 kontinjen yang disambut dengan tepukan gemuruh sekitar 5,000 penonton yang memenuhi stadium.

Perasmian temasya sukan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Abdul Rahman dengan nyalaan obor pada replika keris mengamatkan suasana.

Temasya Para Sukma 2018 kali melibatkan penyertaan 2,046 atlet, pegawai pengiring, pengurus dan jurulatih daripada 15 kontinjen yang bertanding dalam 10 acara sukan iaitu olahraga, renang, badminton, boccia, catur, memanah, ping-pong, “powerlifting”, tenpin boling dan boling padang

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How.

Syed Saddiq semasa menyampaikan ucapan perasmian berkata Para Sukma XIX Perak 2018 ini akan menjadi medan terbaik buat semua atlet orang kelainan upaya (OKU) mempersembahkan kebolehan mereka untuk mewakili Negara pada masa akan datang sekaligus menjadi bakal penganti kepada atlet senior kelak.

 

“Kita berharap temasya ini akan menjadi pemangkin terhadap pembangunan sukan para di negara kita dan kerajaan negeri perlu turut sama memainkan peranan memastikan matlamat tersebut tercapai.

“Saya harap pada penganjuran Para Sukma kali ini semua atlet akan berusaha menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi,” katanya.

Majlis perasmian tambah meriah dengan persembahan kebudayaan dan tarian mewakili pelbagai kaum serta persembahan istimewa Caliph Buskers.

Para Sukma akan berlangsung dari 21 hingga 28 November melibatkan sembilan venue terletak di dalam kawasan Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) manakala satu lagi acara Tenpin Boling di Ipoh Parade.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");