Berita Hari Ini
Like

Pekebun Getah Boleh Tuntut IPG Oktober

November 8, 2018
48 Views
0 Comments
56 seconds read
Pekebun Getah Boleh Tuntut IPG Oktober

KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan diaktifkan bagi bulan Oktober 2018 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan bayaran untuk cuplump, masing-masing sebanyak 20 sen sekilogram (Semenanjung), 50 sen sekilogram (Sabah) dan 40 sen sekilogram (Sarawak).

Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam satu kenyataan hari ini berkata IPG diaktifkan pada Oktober berikutan harga purata peringkat ladang bagi cuplump bulan tersebut adalah RM2 sekilogram bagi kawasan di Semenanjung, RM1.70 sekilogram (Sabah) dan RM1.80sekilogram (Sarawak).

“Mulai Januari 2016, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB pada paras RM5.50 sekilogram atau harga di peringkat ladang pada paras RM2.20 sekilogram ke bawah.

“Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran Oktober 2018 mulai 1 hingga 30 November, 2018,” kata LGM lapor Bernama.

Komen & Pendapat

Comments are closed.