Berita Hari Ini

Pembelian Nombor Plat: Kerajaan Teruskan Sistem Tender Terbuka Tanpa Harga Siling

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneruskan sistem tender terbuka bagi penjualan nombor plat khas kenderaan tanpa menetapkan harga siling.

Kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, langkah tersebut dapat meningkatkan hasil kutipan kerajaan.

“Jika harga siling ditetapkan, ia akan bercanggah dengan prinsip tender terbuka bagi penjualan nombor plat khas kenderaan,” katanya ketika menjawab soalan Ma’mun Sulaiman (Warisan-Kalabakan) di Dewan Rakyat hari ini lapor Astro Awani.

Mengambil contoh nombor siri plat “Malaysia” yang diperkenalkan Ogos lalu, Loke berkata, kerajaan berjaya mengutip RM13 juta daripada penjualan nombor siri itu di mana RM1,111,111 diperoleh bagi nombor plat “Malaysia 1” sahaja.

Sebelum itu, Ma’mun bertanya jika nombor pendaftaran kenderaan istimewa yang selalu mendapat permintaan tinggi dapat dikenakan harga siling dalam pembelian terbuka kepada orang ramai.

Beliau juga bertanya jika Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mewujudkan satu sistem baharu yang lebih telus dalam pembelian nombor pendaftaran kenderaan.

Mengenai itu, Loke berkata, kementeriannya sedang mengkaji untuk membangunkan satu sistem yang membolehkan pembelian nombor plat kenderaan secara atas talian.

“Berbanding sistem tender secara manual, sistem baharu ini membolehkan pembida melihat tawaran harga yang dibuat oleh pembida lain.”

Tambahnya, kajian tersebut akan memakan masa antara tiga hingga enam bulan dan dijangka dapat digunakan pada awal tahun depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");