Perak Hari Ini

Peminat Bola Sepak Perak Teruja Lihat Trofi Piala Malaysia Lebih Dekat

IPOH: Rata-rata peminat sukan bola sepak Perak berasa teruja apabila berpeluang melihat dengan lebih dekat trofi Piala Malaysia yang dipamerkan di Pasaraya Besar Mydin Meru Raya, di sini, hari ini.

Kesemua yang hadir berkata mereka mengetahui program pameran anjuran Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) itu menerusi posting dan perkongsian di laman-laman media sosial.

Antara penyokong yang hadir pada sekitar jam 11 pagi, Akhmal Fikri Zahari, 29 yang turut ditemani rakannya, Muhammad Muhaimin Tajuddin, 25.

Akhmal yang berasal daripada Teluk Intan itu berkata kesempatan waktu cutinya digunakan untuk hadir dan mengambil peluang untuk merakamkan gambar kenangan bersama dengan trofi Piala Malaysia.

Dia mengakui berasa teruja kerana ia merupakan pengalaman pertamanya melihat trofi kebanggaan rakyat Perak dihadapan matanya sendiri.

Selain itu, peminat pasukan bola sepak semenjak daripada era tahun 90-an, Fatimah Ahmad, 50, juga turut meluahkan rasa keterujaanya berpeluanhg untuk bergambar dengan trofi Piala Malaysia.

Dia yang meminati bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Perak, Khalid Jamlus, itu berkata, ini merupakan kali ketiga dia berpeluang untuk melihat trofi tersebut secara nyata.

Namun katanya, pada hari ini, ia merupakan kali pertama dia melihatnya dengan lebih dekat.

Dalam pada itu, dia yang menetap di Klebang, di sini, berharap agar skuad The Bos Gaurus dapat meneruskan kejayaan mereka pada edisi yang akan datang.

“Harapan saya ialah kita sentiasa berada di atas. Sewaktu saya masih muda, pasukan Perak tidak pernah gagal melepasi cabaran suku akhir.

“Perak pada waktu itu, paling kurang pun akan berjaya pergi ke separuh akhir,” katanya.

Sementara itu, Selvaa Francis, 33 turut hadir ke pameran tersebut bersama-sama isterinya sekitar jam 12 tengah hari.

Dia yang meminati dan mengikuti perkembangan bola sepak Perak seawal usia 12 tahun itu sangat berharap agar dapat bertemu dengan para pemain skuad The Bos Gaurus.

Muhammad Hafizul Hakim Jothy, Kenny Pallraj, Leandro Dos Santos antara pemain yang diminatinya.

Dia juga berharap agar skuad The Bos Gaurus dapat mengekalkan kejuaraan yang sedia ada selain turut mampu ‘menambah’ trofi kejuaraan bagi kejohanan bola sepak yang lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");