Berita Hari Ini

Pemuda UMNO Bentuk Pasukan Peguam Pantau Himpunan Bantah ICERD

KOTA BHARU: Pemuda UMNO membentuk satu pasukan peguam, berperanan memberi khidmat nasihat dan memastikan himpunan perdana menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Driskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember berjalan lancar.

Pasukan berkenaan dianggotai 30 peguam mewakili Kluster Peguam Muda Pemuda UMNO, peguam dari badan bukan kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Bertindak Peguam dan Intelek Kelantan.

Pengerusi Kluster Peguam Muda Pemuda UMNO, Nik Saiful Adli Burhan, berkata pasukan peguam itu akan memberi khidmat nasihat kepada penganjur dan peserta perhimpunan.

Katanya, selain itu pasukan peguam akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang oleh peserta perhimpunan.

“Pasukan undang-undang ini penting bagi memastikan perhimpunan ini terkawal dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Meskipun satu kenyataan media sudah dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri mengenai keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD, saya percaya ia tidak dibuat secara teratur mengikut formaliti memandangkan ia satu keputusan membabitkan dasar luar kerajaan dan kepentingan rakyat.

“Lebih-lebih lagi apabila membabitkan percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan media, di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan, PAS menegaskan Himpunan Perdana Rakyt Menolak ICERD akan diteruskan lapor NSTP.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hasan, berkata, ia berdasarkan kepada perkembangan semasa daripada penganjur perhimpunan iaitu sekretariat Gerakan Pembela Ummah (Ummah).

Katanya, himpunan terbabit perlu diteruskan kerana kegagalan kerajaan menunjukkan kesungguhan tidak meratifikasi ICERD dan lima perjanjian antarabangsa lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");