Jenayah

Pensyarah UiTM Ditemui Selamat

KOTA SAMARAHAN: Kehilangan seorang pensyarah muda Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak, di sini sejak Isnin lalu akhirnya terjawab.

Norashikin Shariffidin, 34, ditemui dalam keadaan selamat di Jalan Tun Jugah, Kuching kira-kira jam 3.45 petang semalam oleh anggota polis dari Balai Polis Sekama ketika menjalankan rondaan rutin.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintendan Lee Chong Chern ketika mengesahkan perkara itu berkata, pensyarah terbabit turut menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan memaklumkan keadaannya.

“Dengan penemuan pensyarah terbabit, dengan keadaannya dilaporkan selamat, kita menganggap kes kehilangannya sudah selesai.

“Bagaimanapun, kita sedang mengenalpasti punca sebenar kehilangannya sebelum ini,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Kehilangan Norshikin menjadi tular di laman sosial sejurus laporan dibuat oleh rakan setugasnya, Isnin lalu, selain meminta netizen membantu mengesan pensyarah muda berkenaan.

Chong Chern berkata, pada Isnin lalu, wanita terbabit bersama rakan sekerjanya meninggalkan kawasan kampus kira-kira jam 5.50 petang menaiki kereta masing-masing.

“Rakannya pulang ke rumah di Apartm Desa Ilmu Apartmen, manakala pensyarah itu pulang ke rumah di Merdang Gayam.

“Pada hari yang sama sekitar jam 8 malam, beliau gagal menghadiri mesyuarat UiTM. Rakan serumahnya memberitahu pada pagi Rabu, dia menjenguk ke bilik tidur Norashikin tetapi dia tidak berada dalam biliknya.

“Kelihatan komputer riba miliknya berada di atas katil, manakala kereta miliknya jenis Perodua Myvi juga tiada di pekarangan rumah,” katanya.

Lebih membimbangkan apabila panggilan ke telefon bimbitnya tidak dijawab.

“Bimbang dengan keselamatan dan sesuatu berlaku rakannya bertindak membuat laporan polis,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");