Perak Hari Ini

Perak Tetap Ungguli Tangga Kedua Peningkatan Jumlah Pelancong Domestik

IPOH:Negeri Perak masih mengungguli di tangga kedua dengan jumlah kedatangan pelancong domestik selama tiga tahun iaitu 2015 hingga 2017.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri,Tan Kar Hing berkata berdasarkan data statistik yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia,bagi tahun 2017, statistik merekodkan sebanyak 7.6 juta pelancong
domestik iaitu peningkatan sebanyak 5.5 peratus berbanding tahun 2016.

Kerajaan Negeri katanya turut menjangkakan peningkatan sebanyak 6 peratus  kehadiran pelancong bagi tahun 2018.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan daripada Adun Selama Mohd Akmal Kamarudin pada sesi persidangan ketiga Mesyuarat Ketiga penggal pertama Dewan Negeri yang keempat belas Perak Darul Ridzuan yang berlangsung hari ini

Bagaimanapun statistik kemasukan para pelancong bagi tahun 2018 tidak dapat dikemukakan oleh kerana laporan ini hanya boleh dijanakan pada pertengah tahun berikut iaitu pada Jun 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia selaku pihak berwajib untuk mengumumkan dan mengeluarkan laporan tersebut.

“Perancangan Kerajaan Negeri bagi merancakkan lagi kedatangan pelancong-pelancong domestik dan antarbangsa adalah seperti berikut antaranya pendedahan produk pelancongan lokal kepada media dan agensi pelancongan melalui fam trip Negeri Perak ke Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun dan negara lain.

“Misi Jualan Domestik melibatkan penggiat industry pelancongan Perak di Bangkok, Medan dan Guang Zhou telah dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan kebelakangan ini, penganjuran aktiviti peringkat negeri dan antarabangsar seperti Ipoh
International Fashion Week (IIFW 2018), program SAMA-SAMA, menjelang bulan menyambut hari kebangsaan, Ipoh International Ru dan Festival Kesenian Negeri Perak dan lain lagi.

“Promosi melalui media cetak diantaranya Gaya Travel, Majalah Santai dan melalui platform media sosial seperti website, Facebook, Instagram serta pelaksanaan medium LokaLokal yang membantu mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan di Negeri perak serta produk-produk tempatan,” katanya.

Katanya kerjasama pintar melibatkan Badan Korporat dan Agensi Kerajaan serta swasta dalam mempromosikan produk pelancongan Negeri Perak diantaranya AirAsia, Keretapi tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysian Airlines.

“Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak dan Tourism Malaysia sentiasa mengemaskini dan memastikan produk-produk pelancongan sedia ada dan yang berpotensi untuk dipertengahkan di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Strategi dan agenda untuk mengklusterkan produk eko pelancongan terbahagi kepada 4 kawasan kluster di Negeri Perak dengan usahasama Kerajaan Negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya antaranya Taiping – Batu Kurau – Bukit Merah – Kuala Sepetang;Ulu Geroh – Gua Tempurung – Gopeng – Batu Gajah;Royal Belum – Lenggong – Kuala Kangsar dan Pulau Sembilan – Teluk Senangin – Segari – Melintang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");