Panasnya Hari Ini

Pas Hormati Pandangan Mufti, Namun Himpunan Tetap Diadakan

KOTA BHARU – Himpunan kesyukuran terhadap penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini tidak akan dibatalkan meskipun keadaan semasa yang agak tegang berikutan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya baru-baru ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya menghormati pandangan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang tidak mahu perhimpunan itu diteruskan berdasarkan situasi semasa namun pihaknya mempunyai pertimbangan lain.

Beliau berkata, kenyataan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengesahkan bahawa rusuhan yang berlaku tiada kaitan dengan isu perkauman mahupun agama justeru tiada masalah untuk himpunan anti ICERD di teruskan.

“Perdana Menteri sendiri sebut apa yang berlaku di Subang Jaya itu bukan masalah prrkauman, bukan masalah agama, itu masalah dalaman sahaja, Pas akan tetap teruskan,” katanya selepas menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini, lapor Utusan Online.

Beliau diminta mengulas gesaan Mohamad Shukri yang dilaporkan tidak mahu himpunan kesyukuran itu diteruskan kerana bimbang mengundang perkara tidak baik selain kemungkinan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Mohamad Shukri seperti dilaporkan sebuah akhbat berkata, rasa kesyukuran atas keputusan kerajaan tidak meratifikasi konvensyen PBB itu boleh diluahkan dengan cara lain, seperti sembahyang hajat dan kesyukuran di masjid.

Menyentuh perkara ini, Mohd Amar berkata, tidak ada masalah juga bagi pihaknya menunaikan sembahyang hajat di himpunan anti ICERD yang akan berlangsung di Dataran Merdeka itu.

“Sembahyang boleh ditunaikan di mana-mana sahaja, kita sasarkan maksimum sejuta orang akan sertai himpunan itu nanti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");