Perak Hari Ini

Peruntuk RM90 Juta Kepada JKR

IPOH – Kerajaan negeri memperuntukkan RM90 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membina laluan baru serta menaiktaraf jalan, jambatan dan bangunan yang sedia ada.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata peruntukan ini akan memberi manfaat kepada rakyat dan pembangunan sektor industri negeri ini.

Kata beliau, antara projek utama adalah membina laluan susur di Kawasan Perindustrian Bebas (FTZ) Kinta, Klebang dan Daerah Kinta.

“Setelah projek ini siap, penguraian aliran trafik dari arah Chemor ke Ipoh terutamanya di persimpangan FTZ dapat mengurangkan kesesakan trafik arah Ipoh dengan cepat dan berkesan.

“Projek pembinaan jalan baru dari Tanjung Rambutan (A13) ke Laluan Persekutuan FT001 turut dilaksanakan bagi memendekkan jarak perjalanan dari Tanjung Rambutan ke Klebang daripada 18 kilometer kepada 5 kilometer,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Ahmad Faizal turut berkata, peruntukan turut disediakan bagi menaik taraf jalan sedia ada serta menambahbaik kawasan kemalangan ataupun blackspot serta sistem pencahayaan.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri akan terus melaksanakan projek-projek penyelenggaraan jalan negeri, jalan bandaran, jalan kampung, jalan pertanian, jalan di kawasan perumahan dan jalan di pulau pelancongan menggunakan peruntukan Malaysia Road Registration Information System (MARRIS).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");