Panasnya Hari Ini

PH ‘Capati’ Janji – Najib

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kerajaan PH telah ‘mencapatikan’ janji-janjinya untuk menghapuskan hutang Felda dan membantu peneroka-peneroka yang ada.

Menurutnya, keadaan pekebun dan peneroka kini dilihat semakin tersepit dan tertekan berikutan kejatuhan harga kepala sawit selain peningkatan kos yang berkaitan.

“Keadaan mereka bagai tidak dipedulikan lagi. Bagai tak wujud lagi mereka di mata kerajaan PH. Sebelum PRU14, bersungguh-sungguh pemimpin PH datang merayu-rayu, melaung-laung akan membela nasib mereka sehingga ada yang turut menangis kononnya mengenang nasib peneroka.

“Hari ini apa jadi? Mana dia hari ini? Atau mulut dah terkatup dek jawatan lumayan dalam kerajaan PH dan hanya tinggal air mata gembira dapat jawatan dan kedudukan?,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik menerusi Facebook, miliknya, hari ini, lapor Sinar Online.

Beliau berkata, sepatutnya, dalam keadaan ini, kerajaan PH memberi lebih bantuan dan tumpuan kepada golongan tersebut namun ia tidak berlaku.

“Apabila pendapatan pekebun menurun, sudah tentu kuasa membeli menyusut dengan banyak dan ini turut beri kesan kepada peniaga yang terpaksa tanggung kos barang semakin tinggi akibat dari SST.

“Sebaliknya, Belanjawan 2019 kesuluruhan kerajaan tinggi tetapi peruntukan mengurus untuk Kementerian industri utama di potong 72 peratus walaupun untuk bajet kesuluruhan kerajaan naik dengan tinggi,” katanya.

Tegasnya, kerajaan PH boleh berdendam dengan mengenakan berpuluh dakwaan ke atas diri dan keluarganya, namun tidak seharusnya mengabaikan nasib pekebun dan peneroka yang kini dihimpit bebanan.

“Mereka boleh memburukkan nama dan parti saya setiap hari untuk mengalih perhatian tetapi kesejahteraan hidup golongan-golongan yang besar ini tetap keutamaan saya sepanjang tempoh saya Perdana Menteri di bawah parti Umno.

”Kini mereka sudah jadi kerajaan. Janganlah mengabaikan nasib 650,000 keluarga pekebun dan pengusaha sawit dengan berjuta-juta penduduk luar bandar di seluruh negara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");