Perak Hari Ini

Pihak Penyedia Telco Perlu Serah Maklumat Sebelum 31 Disember Ini

IPOH:Pihak penyedia perkhidmatan telco dimita menyerahkan senarai struktur telekomunikasi dimana ia bertujuan untuk pemutihan telekomunikasi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum 31 Disember ini.

Exco Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata ia adalah tindakan bagi menyelaraskan pembinaan menara pemancar dan mengatasi masalah pemasangan pencawang secara haram di sekitar negeri ini.

Katanya jika tiada tindakan lanjut daripada penyediaan perkhidmatan telekomunikasi maka pihak PBT akan mengambil tindakan sewajarnya dengan mengelurkan notis dan penguatkuasaan terhadap struktur tersebut akan dilakukan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan diajukan oleh Adun Jalong semasa persidangan ketiga Mesyuarat Ketiga penggal pertama Dewan Negeri yang keempat belas Perak Darul Ridzuan hari ini.

Katanya lagi, syarikat pembina menara perlu mendapat kelulusan PBT sebelum memulakan pembinaan menara.

“Bagi mengatasi masalah menara komunikasi haram kerajaan negeri telah wujudkan jawatankuasa pemutihan telah ditubuhkan,” katanya.

Jelasnya lagi, sejak enam bulan lalu menerusi respon daripada pihak telco beberapa faktor menjadi penyebab kepada pembinaan pencawang haram iaitu kelemahan pengurusan bagi kelulusan pembinaan menara baru dan urusan terus dengan pemilik tanah persendirian.

“Pihak telco telah menghantar pemohonan baru yang akan disrahkan kepada dua syarikat dibawah Kperak tetapi gagal dilaksanakan mengikut permintaan telco jadi pihak penyedia tidak boleh menunggu lama lantas mengakibatkan pembinaan pencawang secara haram.

“Permintaan tinggi juga menyebabkan pihak telco terus berunding secara terus dengan pemilik tanah persendirian,” katanya.

Tambahnya lagi, selepas 31 Disember ini pihak jawatankuasa pemutihan akan berusaha untuk menyelaraskan dan mengambil tindaan lanjut kepada penyedia telco.

“Jawatankuasa negeri telah menubuhkan jawatankuasa penasihat pembangunan telekomunikasi bagi menasihati kerajaan dalam pembangunan telekomunikasi dan multimedia lantas membantu meningkatkan hasil negeri dalam industri komunikasi

“Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meminta kerjasama semua pihak agar memaklumkan maklumat masalah liputan telekomunikasi kepada MCMC supaya menjadi panduan kepada pihak MCMC dalam merangka pembangunan telekomunikasi.

“Pembinaan menara di kawasan bandar, luar bandar,taman perumahan sekolah dan rumah ibadat dipantau menerusi garis panduan pembinaan menara dan struktur pemancar komunikasi yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selaras dengan mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa dan amalan keselamatan ditetapkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");