Jenayah

Polis Pahang Lupus Dadah Bernilai RM1.1 Juta

KUANTAN- Polis Pahang memperoleh kebenaran mahkamah bagi melupuskan 763.32kg pelbagai jenis dadah bernilai RM1.1 juta dengan cara pembakaran, yang akan dilakukan di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pahang Supt Lam Thiam Huat berkata semua dadah yang dirampas sejak 2014 itu adalah berkaitan siasatan 1,970 kes dadah di Pahang.

“Dadah jenis heroin mencatatkan nilai tertinggi yang dilupuskan iaitu 2.59 kg dengan nilai RM403,655 diikuti methamphetamine (1.62 kg,RM243,273), ganja (692.79 kg, RM24,247) dan ketamine (129.24 kg, RM12,924).

“Turut dilupuskan ialah nimetazepam (144.16 kg, RM10,812), ecstacy (84.08 gram, RM7,006), air ketum (349 liter, RM3,495), serbuk ketum (147 kg, RM5,222) dan pil psikotropik (96.09 gram, RM7,206),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata antara Januari dan Oktober tahun ini 11,560 individu didapati terlibat dengan kes berkaitan dadah, dengan 70 peratus daripada suspek dituduh di mahkamah.
-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");