Berita Hari Ini

Potongan PTPTN Bermula 1 Januari 2019

KUALA LUMPUR: Potongan gaji bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam berpendapatan RM2,000 sebulan akan bermula pada 1 Januari depan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata bayaran pinjaman akan meningkat seiring pendapatan diperoleh peminjam.

“Pengecualian bayaran balik pinjaman turut dikhususkan buat peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

“Selain itu, Kabinet bersetuju memberi pengecualian kepada pelajar cemerlang kelompok M40.

“Doakan kewangan negara kembali pulih supaya kerajaan boleh tunaikan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk menangguhkan pembayaran semula sehingga gaji peminjam mencecah RM4,000,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Kabinet memutuskan potongan gaji ke atas peminjam PTPTN pada kadar dua peratus atau RM40 sebaik gaji mereka mencecah RM2,000.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus kepada peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Pengumuman itu mendapat bantahan ramai terutama persatuan mewakili pelajar dan penuntut universiti yang mendesak syarat itu dikaji semula lapor NSTP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");