Perak Hari Ini

PPPNP Diarah Semak Semula Perjanjian Pajakan dan Urusniaga

IPOH – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) diarah untuk menyemak semula perjanjian-perjanjian pajakan dan urusniaga yang didapati meragukan serta merugikan PPPNP.

Pengerusi PPPNP, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata terdapat satu perjanjian pajakan pada tahun 2012 iaitu pajakan 60 tahun tanah PPPNP yang meragukan dengan sebuah yayasan melibatkan tanah seluas 1,300 ekar.

“Apa yang mengejutkan, PPPNP menandatangani perjanjian pengurusan ladang tersebut dengan modal dikeluarkan oleh pihak PPPNP dan keuntungan operasi dibahagi sama rata antara PPPNP dan yayasan tersebut.

“Bukan itu sahaja, PPPNP tertakluk kepada syarat perlu membayar perkongsian keuntungan seawal dari tahun pertama bermula tahun 2017 sehingga kini yang mencatatkan jumlah RM600,000 walaupun projek belum bermula,” katanya

 

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa mengumumkan perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP, Yahanis Yahaya berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2018 di Pejabat PPPNP di sini, hari ini.

Ahmad Faizal turut mengulas mengenai audit prestasi kewangan PPPNP yang dadapati mengalami kerugian sebanyak 18% dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2012 hingga 2017.

“Semakan hutang jangka panjang PPPNP telah meningkat daripada RM3,000,000 kepada RM100,000,000 yang mencacatatkan hutang sebanyak 93% dalam tempoh lima tahun tersebut.

“Rizab tunai iaitu sebahagian daripada wang tunai yang disimpan oleh bank perdagangan berdasarkan kepada jumlah deposit yang diterima daripada pelanggan kepada PPPNP juga merosot dari RM230,000,000 kepada RM105,000,000 dalam tempoh masa yang sama,” katanya.

Ahmad Faizal turut menyaksikan majlis menandatangi memorandum persefahaman (MoU) antara Pengarah Jabatan Vaterinar dengan Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP di sini sebentar tadi.

 

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut menyerahkan cek bernilai RM2,500,000 daripada PPPNP kepada bendahari kerajaan negeri sejurus memaklumkan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah, PPPNP sebentar tadi.

“Enam strategi utama PPPNP adalah memfokusan kepada sektor perladangan, membangunkan tanah perladangan, membanguankan agropreneur serta aquapreneur, membangunkan ladang rakyat serta ladang untuk rakyat, penstrukturans semula perniagaan anak syarikat serta syarikat usahasama dan penstrukturan semula organisasi.

“Lembaga Pengarah PPPNP juga telah meluluskan pembukaan Skim Baru Ladang Untuk Rakyat yang berkonsepkan keuntungan secara 60:40 bermula dengan 400 orang peserta dan akan dijalankan secara berperingkat pada masa hadapan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");