Berita Hari Ini

Program ‘Diversion’ Untuk Kanak-Kanak Bermasalah Tahun Hadapan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melaksanakan program pengasingan (diversion) terhadap kanak-kanak yang ditahan kerana melakukan kesalahan jenayah bermula tahun hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, program tersebut merupakan satu sistem pengalihan kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah ringan dan tidak serius daripada sistem kehakiman sedia ada.

“Mengikut program ini, kanak-kanak yang tersabit kesalahan ringan tidak akan ditahan. Mereka akan menjalani modul intervensi yang disediakan khas mengikut jenis kesalahan dan latar belakang kanak-kanak itu.

“Modul intervensi tersebut merangkumi kaunseling, khidmat masyarakat, membayar ganti rugi atau membaik pulih kerosakan yang dilakukan,” katanya ketika mengadakan lawatan rasmi ke Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");