Perak Hari Ini

Rusuhan Di Kuil: PDRM Sedang Pulihkan Keadaan, Kawal Emosi

IPOH:Pihak Polis sedang berusaha memulihkan keadaan susulan kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, di Selangor sejak kebelakangan ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata keadaan ketika ini sudah hampir pulih sepenuhnya dan orang awam serta pihak yang terlibat dalam isu ini diminta supaya dapat mengawal emosi masing-masing.

“Semalam walaupun ada kumpulan berkumpul dengan jumlah 25 hingga 30 orang pada sebelah tengah hari tetapi terkawal.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha sedaya upaya memulihkan keadaan agar kembali pulih sepenuhnya dan kita minta pihak yang terlibat dalam isu ini dapat mengawal emosi juga sentimen masing-masing.

“Polis berharap tidak ada lagi mana-mana pihak keluarkan kenyataan yang dikhuatiri boleh mengeruhkan kembali keadaan jika semua orang keluarkan kenyataan yang bertanggungjawab saya yakin usaha pemulihan lebih mudah,” katanya dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak dan Pengerusi Perkep Kontinjen Perak hari ini.

Terdahulu katanya setakat pagi tadi seramai 42 individu sudah ditahan susulan kekecohan tersebut dan Polis akan terus memburu mereka yang terlibat.

Sementara itu mengulas mengenai penahanan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo oleh Polis semalam, jelas Mohamad Fuzi ia berikutan kenyataan menerusi satu video klip yang dikeluarkan bloger itu yang berbaur hasutan serta cuba menbangkitkan sentimen perkauman.

“Polis tidak mahu perkara terutama isu perkauman dibangkitkan dalam keadaan luar biasa,jika biarkan perkara ini akan menimbulkan masalah lain dari segi keselamatan.

“Kita bukan sahaja ambil tindakan pada papagomo tetapi semua pihak didapati menggunakan media sosial untuk menimbulkan keresahan dan ketengang dalam masyarakat akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");