Perak Hari Ini

Santai Di Pangkor Beach Fest Pada Awal Desember Ini.

  • IPOH- Koloni Karyawan Amanjaya (PORT) akan mengadakan Pangkor Beach Fest pada 1 dan 2 Desember ini yang mana ianya berkonsepkan aktiviti santai di tepi pantai.

Pengurus Besar PORT, Zamari Muhyi berkata program ini mendapat kerjasama Kementrian Pelancongan, Seni & Budaya Negeri Perak (MOTAC ) dan agensi-agensi lain.

Katanya lagi, ia berbertujuan untuk menaikkan semula nama Pulau Pangkor sebagai salah satu destinasi pelancongan terkemuka di Perak.

“Pemilihan lokasi tersebut adalah untuk memberikan pendekatan acara yang lebih santai dan mesra keluarga kerana kurangya acara di Pangkor sejak kebelakangan ini.

“Insiatif yang dijalankan adalah sebagai salah satu usaha untuk memberi peluang kepada pengunjung merasai kepelbagaian aktiviti yang dijalankan apabila berada di Pulau Pangkor sekaligus dapat memeriahkan suasana,” katanya dalam satu sidang media di PORT di sini hari ini.

Selain itu kata Zamari, terdapat tiga acara utama yang akan dijalankan bersempena dengan Pangkor Beach Fest iaitu Pangkor Beach Run, Pekan Kartun Pangkor dan Pangkor Beach Music.

“Program ini adalah pertama kali dilaksanakan di Pulau Pangkor yang tertumpu di Dataran Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah.

“Antara acara yang menarik adalah cabaran melukis komik selama 24 jam tanpa henti di hadapan Pantai Teluk Nipah dan kemuncak acara tersebut adalah penghasilan komik 24 muka surat.,”katanya.

Selain itu, ujarnya, orang ramai bakal dihiburkan dengan persembahan Muzik Reggae oleh beberapa kumpulan muzik tempatan dan antarabangsa.

Mengulas dengan lebih lanjut, beliau mensasarkan kehadiran 5,000 hingga 10,000 orang pengunjung bagi tempoh dua hari penganjuran

“Setakat ini, lebih kurang 100 orang peserta telah berdaftar bagi acara Pangkor Beach Run dan diharap capaian seramai 300 orang peserta untuk acara tersebut.

“Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM20 dan terbuka kepada kepada semua termasuk yang berkeluarga kerana acara berkonsepkan santai,” katanya.

Bagi yang berminat untuk menyertai acara Pankor Beach Run, mereka boleh berkujung ke laman Facebook Port Koloni Karyawan Amanjaya untuk mengetahui lebih lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");