Sukan Hari Ini

Sarri Pecah Rekod EPL

MAURIZIO Sarri memecahkan rekod Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pengurus baharu tanpa tewas dalam 12 perlawanan berturut-turut.

Kejayaan itu hadir selepas Chelsea terikat seri tanpa jaringan dengan Everton di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Rekod itu sebelum ini dipegang pengurus Nottingham Forest, Frank Clark dengan 11 perlawanan tanpa kalah pada musim 1994-1995.

Ini menjadikan Sarri sebagai penanda aras terkini yang mana beliau turut berjaya membantu The Blues mengelak kekalahan ketika bertemu tiga kelab besar iaitu, Arsenal, Manchester United dan Liverpool sebelum ini lapor Sinar Harian.

Bekas pengurus Napoli itu turut menjadikan Chelsea satu-satunya kelab besar Eropah yang belum tewas dalam mana-mana kejohanan musim ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");