Perak Hari Ini

“Saya Akan Memanggil Pentadbiran PAFA…” – MB Perak

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bakal mengadakan pertemuan dengan barisan pentadbiran Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dalam masa terdekat.

Katanya, ia bagi membincangkan tentang penyegeraan pemberian insentif yang diumumkan kerajaan negeri semalam kepada barisan pemain dan pegawai skuad bola sepak negeri yang telah berjaya menjulang trofi Piala Malaysia 2018.

“Saya akan memanggil pentadbiran PAFA untuk kita berbincang dengan kerajaan negeri, untuk segera beri insentif.

“Insentif yang kita janjikan itu kita nak selaraskan dengan cepat. Kita pentadbiran berteraskan Al-Quran. Apabila sudah berjanji, kita akan buat cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Bicara Legasi: Saving Legacy Perak di Kediaman Lama Menteri Besar, di sini hari ini.

Semalam, Ahmad Faizal mengumumkan bahawa kerajaan negeri bakal memberi insentif RM10,000 dan satu lot tapak rumah kepada setiap pemain dan pegawai skuad The Bos Gaurus kerana telah berjaya membawa pulang trofi Piala Malaysia selepas kemarau 18 tahun.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang keadaan PAFA, selepas Presiden, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengosongkan kerusinya baru-baru ini, Menteri Besar berkata pihak PAFA masih lagi belum berjumpa dengannya bagi menerangkan tentang situasi semasa.

“Saya berpandangan bahawa tidak ada masalah. PAFA sekarang ini, sudah ada Timbalan Presiden, yang akan memangku jawatan Presiden PAFA.

“Setakat ini, mereka masih belum berjumpa dengan saya,” katanya ringkas.

Pada Khamis lalu, Hasnul yang juga Exco kerajaan negeri, mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Presiden PAFA, selepas memegang tampuk pentadbiran induk bola sepak negeri itu sejak 21 Julai lalu.

Tugas presiden kemudiannya dipangku Timbalan Presiden PAFA yang juga pengurus pasukan bola sepak Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");