Membawang Hari Ini

Saya Tak Nak Bebankan Orang Lain: Yuna

PENYANYI dan komposer muda, Yuna memberitahu dia mempunyai visi yang lebih penting dalam kehidupannya.

Menurut penyanyi penuh berwawasan dan matang itu, dia bersyukur kerana hasil titik peluhnya tidak dibazirkan dengan membeli barangan mewah.

“Bila saya dengar orang banyak buat duit dan selepas itu dibelanjakan pula dengan membeli kereta mewah serta barangan lain.

 

“Saya sangat berterima kasih kerana melihat cara hidup dengan sisi lain,” tulisnya di Insta Story akaun miliknya.

Coret Yuna, dia juga tidak mahu menyusahkan orang sekeliling.

“Saya hanya mahu menjaga orang yang saya cinta termasuk diri saya supaya tidak menjadi beban kepada orang lain. Itu sahaja.

“Saya buat semua ini untuk orang yang saya sayang.

“Jadi, terima kasih kepada semua orang yang selama ini telah menyokong karier saya, beli muzik saya, beli tiket untuk tengok show saya dan bayar saya untuk menyanyi serta mengambil saya untuk bekerja dengan brand anda,” ucapnya mengakhiri I love you.-SINAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");