Berita Hari Ini

Serangan Disifatkan Ada Niat Untuk Bunuh – PM

KUALA LUMPUR: Serangan terhadap anggota bomba oleh perusuh dalam insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman disifatkan mempunyai niat untuk membunuh, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, perbuatan itu jelas dilakukan oleh mereka yang tiada perasaan sehingga boleh mendatangkan maut kepada mangsa.

“Melihat kepada keadaan mangsa, nampak jelas orang yang melakukannya mempunyai niat untuk membunuh.

“Kita boleh ada demonstrasi, tetapi ia perlu berlangsung dengan aman, apa yang berlaku ini bukan demonstrasi, ia satu tindakan untuk membunuh bila mereka datang dengan parang dan sebagainya.

“Kita tidak ada banyak bukti, tetapi polis akan melakukan siasatan rapi untuk mengesan dalang serangan ini,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika hadir menziarahi Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang cedera diserang perusuh awal pagi semalam di Institut Jantung Negara, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai tindakan peguam syarikat pemaju mengupah samseng, Dr Mahathir berkata, ia satu perbuatan yang salah untuk mengupah orang Melayu menjaga kawasan kuil.

“Mereka ini orang asing, tidak faham budaya kita, tidak boleh buat macam tu.

“Jika kita dapat kesan siapa yang bertanggungjawab saya fikir Peguam Negara dan peguam perlu membina kes terhadapnya,” katanya.

Berhubung permintaan pihak pengurusan kuil meminta campur tangannya, Dr Mahathir berkata beliau akan membuat kenyataan berhubung perkara itu di Parlimen esok.

Mengenai keadaan terkini Muhammad Adib, Dr Mahathir berkata, jantung, paru-paru dan buah pinggang anggota bomba itu sudah berfungsi dengan baik dan berharap beliau pulih dalam masa terdekat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");