Perak Hari Ini

SMK Muhibbah Jadi ‘Sekolah Angkat’ MB Perak

IPOH:Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkongsi hasratnya untuk menjadikan Sekolah Menengah Muhibbah atau Sekolah Seni Malaysia Perak di Sungai Siput sebagai sekolah angkat dibawah Pejabat Menteri Besar Perak.

 

Hasrat tersebut diumumkan semasa beliau menyampaikan ucapan pada Malam Gala Sinaran Bintang di Dewan Auditorium RTM hari ini.

Katanya selaku “bapa angkat”, pastinya akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi keperluan kepada para pelajar terutama bagi menyediakan studio kedap bunyi dan beberapa keperluan lain mengikut kemampuan.

“Saya mahu jadikan Sekolah Menengah Muhibbah sebagai sekolah angkat kepada Menteri Besar Perak dibawah pejabat Menteri Besar.

“Bapa tidak boleh menjanjikan bulan dan bintang namun apa juga keperluan sekolah kepada anak-anak kita sebagai seorang bapa akan usahakan mengikut kemampuan,” katanya.

Katanya kekurangan dari segi kemudahan dihadapi sekolah akan cuba dibantu agar bakat pelajar terus digilap dan diketengahkan.

Turut hadir pada majlis tersebut isteri menteri besar Datin Seri Dr Nomee Asyikin Mohd Radzi.

Sementara itu Penolong Kanan kesenian SMK Muhibbah Zuraini Abdullah berkata pengumuman tersebut diharapkan mampu memudahkan usaha menyediakan keperluan seperti diharapkan pihak sekolah kelak.

“Jika kita hanya harapkan pihak kementerian mungkin mengambil masa tetapi dengan adanya sekolah angkat peluang untuk sekolah memiliki studio sendiri dan kemudahan lengkap akan lebih cepat terlaksana,” katanya.

Jelas Zuraini sekolah Seni Malaysia Perak kini beroperasi menggunakan kemudahan sekolah aliran perdana dan ketiadaan kemudahan studio yang berbeza mengikut skop seni sedikit menyukarkan pembelajaran pelajar sekitar 190 orang.

Terdahulu seramai 162 orang pelajar dari tingkatan satu hingga tiga mempamerkan bakat masing-masing dalam tiga segmen iaitu lakonan “kahwin pun kecoh”, sesi orkestra dan tarian.

Jelas Zuraini malam Gala Sinaran Bintang yang memasuki kali ketiga pengajuran diadakan untuk mengetengahkan bakat pelajar selain menyediakan bukti bagi pelajar kesenian mempamerkan bakat dari segi seni teater,muzik,tari dan visual.

Sekolah Menengah Muhibbah juga sudah menunjukkan prestasi yang cemerlang apabila berjaya memenangi pelbagai acara seni termasuk di luar negara iaitu Juara Dunia di Monolit International Talents di Costa Brava, Spain dan Gold Awards Peringkat Antarabangsa di International Youth Culture and Arts Festival, menewaskan lapan buah negara lain seperti China, Jepun, Korea, Singapore, Indonesia, Thailand, Filipina dan Rusia.

Malah pada Januari 2019, pelajar-pelajar ini akan terbang ke China untuk mengambil bahagian dalam satu pertandingan bertaraf antarabangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");