Berita Hari Ini

SPRM Mula Siasat Pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didedahkan, baru-baru ini.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan pihaknya sudah meneliti dokumen asal laporan itu untuk dibandingkan dengan draf akhir yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM).

“SPRM akan memanggil beberapa saksi dalam tempoh masa terdekat bagi memberi keterangan dan membantu siasatan berkaitan isu itu,” katanya.

Sebelum ini, JANM mendedahkan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

Bagaimanapun, fakta itu disembunyikan atas arahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui ketua setiausaha sulit beliau ketika itu dengan menggugurkan beberapa perenggan dalam Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Malah, terdapat dua pengguguran penting yang dilakukan iaitu berkaitan status akaun kewangan 1MDB dan mengenai kehadiran Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB.

Beberapa bekas tokoh kerajaan yang penting, termasuk bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Salleh; bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa dan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang turut dinamakan dalam kenyataan dikeluarkan JANM itu.

Selain itu, ia juga membabitkan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda yang mempunyai kapasiti membuat keputusan penting berhubung proses pengguguran fakta dalam Laporan Audit 1MDB.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");