Jenayah

SPRM Tahan Tengku Adnan Berhubung Isu Penjualan Tanah DBKL

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditahan selepas hadir untuk memberi keterangan di SPRM hari ini.

Beliau tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, jam 3.15 petang menaiki kereta Toyota Camry berwarna putih.
Beliau dijangka didakwa di mahkamah pada jam 3 petang esok (Khamis).

Penahanan beliau yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan, dipercayai berkaitan kes penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) lapor Astro Awani.

Media baru-baru ini melaporkan sebanyak 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");