Berita Hari Ini

Struktur Bumbung Planetarium Melaka Runtuh

AYER KEROH: Tujuh kakitangan Planetarium Melaka, di sini, terselamat selepas struktur bumbung bangunan itu runtuh akibat hujan lebat dan ribut dalam kejadian, pada Selasa.

Difahamkan runtuhan itu berlaku kira-kira jam 1.25 tengah hari semalam, dan ketika kejadian dikatakan tiada orang awam dan pelawat di dalam bangunan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hamdan Sudin, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.41 petang sebelum beliau bersama tujuh anggota ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila dinding pada bahagian kubah premis itu runtuh dan menghempap bumbung serta siling bangunan.

“Akibat runtuhan itu, bahagian belakang ruangan pameran mengalami kerosakan teruk terkena struktur yang runtuh.

“Bagaimanapun, tujuh pekerja yang berada di dalam premis selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Mohd Hamdan berkata, pihaknya juga sudah menanda kawasan rekahan yang terdapat pada dinding di bahagian belakang premis.

“Bagi memastikan tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini, kita menutup operasi premis sehingga siasatan selesai dilakukan pihak bertanggungjawab.

“Ketua Pegawai Eksekutif Planetarium Melaka, Datuk Mohd Ariff Shah Abdullah Sani juga sudah hadir ke balai membuat laporan mengenai kejadian kira-kira jam 4.40 petang,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ariff Shah, berkata sebaik insiden itu berlaku, premis berkenaan ditutup serta-merta sebagai langkah keselamatan awal.

“Laporan polis juga sudah dibuat dan perbincangan bersama dilakukan bersama bomba, kita akhirnya bersetuju planetarium ditutup sementara.

“Siasatan lanjut akan dijalankan oleh pihak bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");