Panasnya Hari Ini

Sudah-sudahlah Rafizi – CheguBard

KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli perlu menerima kekalahannya merebut jawatan Timbalan Presiden PKR dan bukannya terus melakukan perkara yang akan memalukan beliau.

Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai CheguBard, berkata pemimpin muda itu memalukan dirinya sendiri dengan membuat dakwaan kononnya, ada serangan siber ketika pemilihan peringkat cabang di Julau, Sarawak.

Katanya, Rafizi menggelarkan wujud ‘malware’ sedangkan ia hanya aplikasi anti kecurian yang sah dan berlesen.

“Dalam alam maya, ramai termasuk pakar internet mentertawakan lawak Rafizi, yang menyatakan aplikasi ‘prey’ sebagai malware atau virus.

“Dia (Rafizi) tenggelam dalam ilusi, cuma saya minta Rafizi sudah-sudahlah! Jangan propaganda sampai menipu dan memakan diri,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

CheguBard mendakwa satu video dipercayai disebarkan oleh seorang calon yang juga penyokong tegar Rafizi di Tawau.

Katanya, video menunjukkan Kod QR yang membolehkan ahli mengundi beberapa kali, dipercayai untuk membolehkan Rafizi menang besar.

“Nampaknya video ini disyaki konspirasi dengan ‘pengeluar QR code’ yang dikawal ibu pejabat supaya boleh dirakam dan jika kalah boleh dijadikan alasan baharu lagi,” katanya.

CheguBard berkata, jika video itu adalah bukti sistem e-undi boleh dimanipulasi, ia boleh membatalkan keputusan pemilihan parti dan risiko pendeposit PKR.

“Rafizi kena sedar tindakannya sangat berisiko kerana parti itu berada di hujung tempoh dibenarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Kecuali tujuannya adalah untuk guna strategi ‘bumi hangus’, untuk pastikan tiada siapa menang kalau bukan dia,” katanya.

Sehubungan itu, CheguBard menasihatkan Rafizi supaya menghentikan `perbuatan’ beliau dan berdamai dengan ahli parti.

“Sudahlah tu Rafizi, anda orang hebat, terima kekalahan, bergerak ke depan. Pasti Anwar akan melantik anda jawatan penting dan beri peranan penting pada anda,” katanya.

Sementara itu, CheguBard mengucapkan tahniah kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, yang mempertahankan jawatannya namun menasihati beliau untuk menjadi pemimpin bagi semua, dan bukan hanya kartelnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");