Perak Hari Ini

Terus Promosikan Perak Sebagai Hub Sukan Nasional & Antarabangsa

IPOH:Kerajaan Perak komited untuk terus mempromosikan negeri ini sebagai hub sukan bertaraf nasional dan juga antarabangsa.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pelbagai usaha telah digerakkan untuk menjadikan Perak hub kepada sukan arus perdana, sukan ekstrim, dan tidak ketinggalan juga sebagai hub e-sports negara kelak.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada majlis makan malam sempena Kejohanan Sukan Kerja Raya JKR 2018 di Kediaman Menteri Besar hari ini.

Terdahulu Sukan Kerja Raya 2018 kali ini berlangsung di Ipoh melibatkan penyertaan 1,500 atlet daripada 26 kontinjen yang terdiri daripada KKR, JKR dan Badan Berkanun.

Sebanyak 16 acara dipertandingkan dan venue pertandingan adalah di sekitar bandaraya Ipoh dan akan meabuhkan tirainya esok.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Tambah Ahmad Faizal lagi, bagi merealisasikan hasrat itu kerajaan negeri akan menubuhkan Perbadanan Sukan yang akan bertanggungjawab sebagai penggerak kepada agenda promosi dan penganjuran pelbagai acara sukan bertaraf nasional dan antarabangsa di Perak.

“Kalau kita telah berjaya menguruskan kehadiran lebih 12,000 pegawai dan kontinjen sepanjang temasya Sukma Perak berlangsung,pastinya saya harap para atlet SKR 2018 juga berpuas hati.

“Pastinya amat bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Perak sebagai hub sukan bertaraf nasional dan juga antarabangsa, susulan kejayaan Perak menjadikan Sukma edisi ke-18 baru-baru ini sebagai temasya yang paling besar dan paling meriah dalam sejarah Sukma,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");