Berita Hari Ini

‘Tiada Pengesahan Rasmi Agong Berkahwin’

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, melangsungkan perkahwinan di Russia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri juga mengakui tidak mengetahui mengenai perkara yang tersebar luas dan dilaporkan beberapa portal berita antarabangsa itu.

“Saya tidak tahu. Saya tidak menerima sebarang pengesahan rasmi, jadi saya tidak boleh beri sebarang komen,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media antarabangsa mendakwa Yang di-Pertuan Agong melangsungkan perkahwinan dengan bekas ratu cantik Russia, Oksana Voevodina.

Kelmarin, portal berita Daily Mail, melaporkan Voevodina, 25, yang pernah merangkul gelaran Miss Moscow pada 2015, memeluk Islam awal tahun ini, sebelum berkahwin dengan Sultan Muhammad pada 22 November lalu.

Portal berpusat di United Kingdom itu melaporkan, majlis perkahwinan di Barvikha, Moscow, Russia itu, bebas alkohol dan hanya menghidangkan makanan halal.

Daily Mail hari ini turut melaporkan Voevodina diterbangkan ke klinik kesuburan di Jerman sebagai persiapan untuk pasangan itu memiliki cahaya mata.

Sebelum ini, beberapa gambar menunjukkan baginda mengenakan persalinan baju Melayu lengkap berwarna biru berada dalam majlis perkahwinan dengan Voevodina, tersebar di media sosial sejak minggu lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");