Perak Hari Ini

Tiada Peserta Lemas Di Tasik Takong

IPOH- Dakwaan pengunjung pesta terlihat seorang lelaki seolah-olah terkapai-kapai sebelum hilang dalam pertandingan menangkap itik itu adalah tidak benar sama sekali.

Adun Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim menolak dakwaan terbabit setelah siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa bagi operasi menyelamat mangsa semasa hari terakhir Karnival Pesta Tasek Takong dijalankan.

“Kira-kira 30 orang penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta anggota polis telah turun ke dalam Tasik Takong.

“Keputusan untuk mengeringkan tasik tersebut dibuat oleh pegawai daerah pada pagi tadi berikutan kebimbangan mayat tidak dijumpai.

“Namun begitu, tiada mayat yang dijumpai setelah air tasik tersebut dikeringkan,” katanya semasa satu sidang media di Hotel Impiana disini hari ini.

Karnival Pesta Tasek Takong telah berlangsung selama tiga iaitu bermula pada 17 November anjuran kerajaan negeri dan Majlis Daerah Pengkalan Hulu.

Aznel turut mengulas bahawa program ini adalah satu program yang baik kepada penduduk tempatan malahan mampu membuka peluang perniagaan kepada mereka.

“Mungkin terdapat kesilapan atau berita yang tidak benar yang mana telah menggemparkan sehingga tercetusnya satu perkhabaran yang tidak baik,”katanya.

Pesta yang berlangsung sejak Jumaat lalu menganjurkan pelbagai aktiviti antaranya bot berhias dan pertandingan menangkap itik yang disertai kira-kira 50 peserta

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");