Perak Hari Ini

Wira Hidupan Liar Kembali Lagi

IPOH-Sembilan hero cilik kembali meneruskan Program Wira Hidupan Liar pertama di Asia yang bertempat di Sunway Lost World Of Tambun (LWOT).

Pada tahun ini, kesemua hero cilik telah dipilih untuk membentangkan idea menarik masing-masing dalam meningkatkan kualiti program dengan melibatkan beberapa ekor haiwan dari Sanway Lagoon’s Wildlife Park dan Lost World Petting Zoo kepada pihak pengurusan Taman Tema Sunway (STP).

Banyak pengalaman dan kemahiran baru dipelajari sepanjang melengkapkan misi mereka di LWOT iaitu kemahiran hidup seperti memasak dengan menggunakan sumber minimum dan semula jadi.

Hero-hero ini turut dilatih untuk mencuci kandang kuda, menyediakan peralatan khas haiwan, memberi makan kepada haiwan dan melibatkan diri dalam sesi bersama pasukan veterinar STP dalam mempelajari teknik untuk memastikan haiwan berada dalam keadaan yang baik.

Mereka juga diajar mengenai tingkah laku dan cara pemakanan haiwan serta berkongsi semua hasil kerja di mesyuarat majlis ke-2 dan ke-3.

Selain itu, Wira Hidupan Liar ini turut diberi peluang merasai pengalaman sebagai penjaga zoo di Lost World Petting Zoo.

Namun usia bukan ukuran kerana apa yang lebih penting keinginan mereka untuk menambah ilmu dengan cara menyeronokkan kerana hero-hero tersebut kesemuanya dalam lingkungan umur dari tujuh hingga 12 tahun.

Dalam mengasah minat dan semangat yang mendalam mereka terhadap alam semula jadi, program Wira Hidupan Liar oleh STP telah menyediakan satu platfom yang menyeronokkan dan berpendidikan.

Progam ini juga telah memperlihatkan hero-hero ini menyelami pengalaman bersama hidupanan liar.

Malahan, setiap peserta program ini akan diberi ganjaran sebanyak RM8,000 manakala ketua akan menerima insentif tambahan sebanyak RM4,000 setelah tugas diselesaikan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");